Sunday, May 11, 2014

Perbezaan Gamelan Melayu Dan Gamelan Jawa

Menurut Ahmad Farid Abd Jalal (2008)[1], gamelan boleh didefinisikan sebagai perkataan yang berasal dari kedua-dua bahasa asli moden dan purba Indonesia yang mempunyai semua makna seperti bermain muzik, memukul seperti dram, orkestra dan gangsa. Perkataan ‘Gamel’ membawa maksud untuk tujuan memukul atau tukul tetapi masyarakat Jawa kemudiannya menggunakan perkataan tersebut bermaksud bermain alat muzik. Walaubagaimanpun, di Malaysia gamelan dirujuk sebagai satu kesatuan yang terdiri daripada beberapa instrumen yang di palu dan kadang-kadang ia boleh diiringi dengan alat muzik dari jenis tali atau alat tiup. Merujuk kepada Ahmad Farid Abdul Jalal dalam penulisannya yang berjudul “Joget Pahang ~ Gamelan Melayu” menyatakan terdapat perbezaan diantara Gamelan Melayu dengan Gamelan Jawa yang dinyatakan seperti berikut :

KATEGORI
GAMELAN MELAYU
GAMELAN JAWA
Asal - Usul
Gamelan Melayu dikatakan berasal dari kerajaan Srivijaya pada abad ke – 7 dan ke – 13 yang kemudiannya berkembang ke Kesultanan Diraja Riau. Pada tahun abad ke – 19, gamelan telah di bawa ke Pahang dan Gamelan Melayu merupakan antara  alat muzik yang tertua yang dijumpai di Semenanjung Malaysia.
Gamelan Jawa dikatakan kesinambungan muzik yang berterusan yang ditemui pada zaman Majapahit. Bukti awal berkenaan alat muzik gamelan adalah berdasarkan kepada satu siri batu ukiran yang di Candi Borobodur di Jawa Tengah sekitar 800 tahun sebelum Masihi.
Fungsi
Muzik gamelan wujud terutamanya di kalangan kelas pemerintah dan telah diwariskan kepada Istana Penyengat, Riau, ke Istana Pahang dan kemudiannya ke Istana Terengganu.  Peranan asal gamelan ini adalah sebagai iringan kepada tarian yang dikenali sebagai Joget Pahang. Ia biasanya dilakukan untuk tetamu diraja pada majlis-majlis khas.
Muzik gamelan berfungsi sebagai muzik iringan kepada persembahan Jawa yang popular   seperti wayang kulit, barongan dan kuda kepang.

Gamelan dimainkan sebagai muzik rakyat untuk keseronokan awam di ruang terbuka dan dilakukan semasa acara-acara seperti kelahiran, perkahwinan, perayaan menuai dan sebagainya

Alat Muzik
Alat muzik Gamelan Melayu terdiri daripada tujuh instrumen utama seperti gendang, keromong, gambang, saron demong, saron barung dan sepasang gong agung dan gong suwukan.
 Terdapat lebih daripada 19 hingga 20 jenis alat muzik yang digunakan dalam sesebuah orkestra. Sebahagian alat tersebut menyerupai alat Gamelan Melayu dan selebihnya adalah termasuk slentem, kempul, ketuk, gender, celempung, suling dan rebab.
Melodi/Tona
“Anhemitonic Pentatonic” skala (slendro)
Tona Slendro dan pelog
Pengaruh Agama
Gerakan tarian Gamelan  Melayu dipengaruhi perbuatan amalan sewaktu mengerjakan ibadah haji.
Muzik dan tarian Gamelan Jawa mempunyai dipengaruhi oleh dengan Wali Songo (sekumpulan   ahli agama menjadi figura kepada masyarakat Indonesia). 9 jenis tona pelog (1,2,3,4,5,6,7, 7-bawah dan 1 atas) merupakan signifikan terhadap 9 orang Wali Songo yang mana menggunakan gamelan sebagai alat dakwah untuk menyebar agama Islam.
Tradisi Persembahan
Gamelan Melayu bermula dengan sekumpulan orang yang memperkenalkan penarinya sekali. Sebagai contoh lagu ayak-ayak mengiringi bersama tarian pembukaan dan kemudian lagu Lolo dan Lonang. Selepas pembukaan lengkap dengan penari, jalan cerita yang spesifik dan begitu juga dengan tona instrumen akan di mainkan jika perlu. Gamelan Melayu menggunakan “prop” sebagai tambahan yang biasa digunakan dalam persembahan.
Persembahan dimulakan dengan upacara sajian. Ketua gamelan akan mengetuai upacara sembah  dengan membakar kemenyan, membaca jampi dan mengunyah sireh daripada dulang sajian. Di akhir upacara sembah ini, dulang akan diletakkan di belakang skrin pentas dan persembahan di jalankan dengan tarian serimpi, kupu-kupu atau lilin. Secara umumnya, tarian tersebut disediakan sebagai selingan kepada persembahan utama Ludruk atau Ketoprak. Selingan tersebut termasuklah nyanyian, silat, komedi dan juga alat instrumen muzik gamelan.



[1] Ahmad Farid Abd Jalal. (2008). Joget Pahang~Gamelan Melayu The Classical Ensemble of The Pahang Royal Court.  Pahang : Lembaga Muzium Negeri Pahang

0 comments:

Post a Comment